A joke when it is not



Nak tahu bagaimana harian aku , for the past 5 years .

Ini , any account for any other day ...katakan hari yang ceria ..

Pagi  , biasanya aku terjaga sekitar pukul 9.00 pagi , semalam ada bangun tapi untuk  buang air kecil , aku kena check out selewat lewatnya pukul 12.00 , boleh lah lewat sejam tapi kena beritahu kaunter masa check in , ada sesetengah hotel , lampu , aircond akan terpadam tepat jam12.00 hari , ada chalet , dinding akan di ketuk , dan dia akan tanya , nak sambung tak semalam lagi ?

Biasanya semua beg akan di kemaskan sejak semalam lagi , cuma laptop sahaja akan di masukkan ke dalam begnya bila nak keluar , semua tiny details dah siap packing .

Dulu , aku kelam kalbut pasal packing dan organise .. leceh  lah ,ada yang teritnggal , dalam kekelutan , .. kadang kadang bila check in tempat itu tak  ada lift ... oh susah tu ..

Adakalanya , aku check out awal , itu mengikut plan dan arah tuju . Biasanya ada 2 backpack dan satu beg pakaian , aku galas , ke kaunter , serah kunci dan remote ( kalau di budget homestay ) dan ambil balik deposit . Ada hotel yang ada breakfast , ini mesti di penuhi sebelum pukul 10.00 pagi .Lambat alamat kena makan kat luar , 


Lama lama sekali aku akan check in kat chalet , senang organise kereta terutamanya bahagian BOOT , dalam kereta lah semua khazan aku berada . Aku paling takut kalau kereta break down., sebab itu kereta itu biasanya tip top walaupun kereta lama , mantap  aku maintain kan .


Pakaian , senang saja , laundry dan dobi kan ada . kemeja dan seluar panjang , basuh dan iron , biasanya seminggu adalah RM 30.


Makan , aku tak banyak makan , nasi separuh sahaja , atu jenis lauk , tak reti nak makan banyak jenis lauk , warong saja ,mana mana boleh . yang penting ada kopi ais ...


Kadang  kadang dan ada kalanya , aku ' reward ' diri aku untuk tidur di tempat yang selesa , selepas beberapa hari aku tidur dalam kereta , terutamanya ketika cuti panjang atau cuti sekolah . sedih ? , memanglah 

Sampai kini , aku pun kurang faham kenapa aku tak sewa rumah . Sebenarnya aku pernah sewa banyak rumah pelbagai jenis , ada rumah setingan , rumah biasa , bangalow , flat dan kondo.

Sebenarnya begini ....



 

Semasa aku bersama mami penang itu , duduk lah di mana sekali pun dia asyik nak balik Penang. Dia akan curi talipon anak dia , tanpa pengetahuan aku , dia akan talipon semasa membeli makanan atau bila bila yang aku tak nampak . 

Dia pernah lari dari aku , dia buat buat ke kedai .., lepas itu dia akan balik , dia ambil duit , dan dia terus melarikan diri , yang hairan bila masa dia buat perancangan untuk lari.

Aku akan cari dia , seteah seminggu , aku jumpa , aku bawa dia balik dan dia lari lagi. Begitu lah sehingga awal tahun 2012 .. sudah lah kut .

Mak dia dapat duit 'welfare' 300 sebulan . Duit itu mesti kena claim dari 1 hb hingga 7 hb , isu ini lah selalu jadi masalah . Bayangkan pada satu masa aku berada di Terengganu , aku kena belanja RM 700 untuk balik ke Penang untuk clain duit RM 300 , aku kata tak payah balik lah , ambil RM 300 , bank in saja . Dia tak mahu . , dia berjanji akan jumpa aku petang atau esok , apa jadi ... dia akan hantar sms kata tak boleh balik dan dia akan off hphone ... maka tertunggulah aku di Butterworth 2 atau 3 hari , dah kena belanja duit hotel lagi...

Simple because , aku tak boleh balik kerumahnya . memang adari awal perkahwinan begitu , anak dia tak setuju aku kawin dengan mak mereka , begitu lah pulak dengan adik beradik nya.

Bekas suami dia pula tinggal dekat dengan rumah dia . Aku binggung .

Itu lah 5 tahun kehidupan mengahwini wanita itu . Aku tak pernah pijak kaki di rumah dia pun dari awal awal lagi.

Pernah satu kejadian di Stallion . Pulau Pinang , .. aku benar benar nak rest , dari KL kami ke Penang , semata mata nak tidur di tempat selesa , sampai di  Penang , check in kat apartment tu , ke bandar , beli barang dan dinner, mana aku tahu dia telah talipon anak anak dia . sapai di lobby stalion , dia dan anak anak halau aku , depa bertiga yang tidur di situ , siap makan makanan yang aku beli dan keesokkan harinya mereka tinggalkan pakaian aku di situ . Aku pula di ugut , .. , 

Dia dan anak anak dia akan selalu ugut aku , nak panggil polis tangkap aku. Pernah sekali anak jantan dia menyamar engatakan dia INSPEKTOR polis .. macam filem hindi pulak . Hindustan lah konon.




Dulu sebelum dia , pun sama lah juga , RM tu mudah sangat , RM jenis mudah , dia kalau kesan ( sense ) danger , dia akan belah , the next posible bas ...,  dia jenis hinggap ...

Aku hairan , aku selalu jumpa jenis yang macam ni .

Sukar nak jumpa yang jenis ' bersemanyam ' dan memasak , yang aku jumpa yang jenis yang ambil susah benda benda lain ..


.-- back to the daily chores ...

mengenai kerja , aku reserved lah nak cerita di sini.

-- biasanya aku akan tension di lewat petang..

kat mana pula nak tidur malam ini , kadang-kadang kena travel sampai 150 - 200 km kerana nak tidur . baju dah sangat masam , badan dah berpeluh ...

kadang kadang pukul 10 malam baru sampai , ada ketika , midnight baru sampai ..

Check in . Tidur tak sedar mana .


Esok cerita sama ...






Some might asked me , why all this ...

My answer

1. dah penat penat pi berniah , takkan nak bercerai

2.Bukan senag nak bernikah , aku rasa aku tak boleh bernikah di malaysia lagi

3.Kenas sabar dan beri masa ... wah sampai 5 tahun tu .

4.Aku , masa itu percaya , aku akan dapat ' pull through ' dia kata , anak anak kerja dia akan follow aku sepenuh masa , tapi lain ceritanya pulak lepas anak anak dia bekerja

5.Aku sayang kat dia . After 5 years , payah aku nak lupa . Tapi sekarang ini dah keliru . Aku dah benci . Aku kalau benci , aku benci total .


Tapi sejak akhir akhir ini aku dapat rasakan , semua ini bukan kerana aku atau dia .., sebenarnya semua ini ialah anak anak dia berentap dengan aku ..


Jan 2012 , aku dah berubah pandangan ...


Aku memang nak berubah .


Aku tak mahu lagi begini .